top of page

Frequently Asked Questions
General
Becoming a Licensee
Investment & Financial Expectations
Territory & Location
Store Setup & Operations
Training & Support
Marketing & Branding
Licensing Agreement
Compliance & Standards
Exit & Transfer
Expansion & Strategic Partnerships
Konsep perniagaan Franchise memerlukan pematuhan 100% terhadap standard yang ditetapkan oleh Franchisor termasuk produk, operasi dan sistem.
Madani Mart TIDAK menggunakan konsep Franchise buat masa ini.
Sebaliknya, Madani Mart menggunakan konsep Licensing di mana Yayasan Madani sebagai Licensor adalah pemilik jenama “Madani Mart” dan memberi kebenaran kepada operator/pemegang lesen (Licensee) untuk menggunakan jenama tersebut dalam perniagaan mereka.
Yayasan Madani bertindak sebagai pemacu utama yang membangunkan ekosistem perniagaan Madani Mart secara menyeluruh dan mampan.
Ini termasuk latihan, bimbingan, pemantauan prestasi, strategi pemasaran, pengurusan sistem serta pembangunan rantaian bekalan.
Sebagai timbal balas kepada sokongan ini, operator/pemegang lesen akan membayar fi perlesenan dan servis kepada Yayasan Madani.
Modal perniagaan Madani Mart akan dikeluarkan sepenuhnya (100%) oleh operator/pemegang lesen yang berminat sebagai komitmen pelaburan mereka.
Tiada pembiayaan daripada kerajaan atau Yayasan Madani bagi kos pembukaan (CAPEX) atau operasi (OPEX) outlet.
Yayasan Madani menetapkan senarai barangan (SKU) wajib bagi memastikan keseragaman dan ketersediaan barangan asas di semua outlet.
Yayasan juga melantik pusat pengedaran (DC) bagi memastikan harga lebih stabil dan berpatutan kepada rakyat.
Namun, fleksibiliti sehingga 50% diberikan kepada operator untuk mendapatkan bekalan sendiri sekiranya terdapat pembekal mampu menawarkan harga yang lebih kompetitif.
Produk tempatan dan IKS sangat digalakkan untuk dimasukkan bagi menyokong ekonomi setempat, bergantung kepada kesesuaian dan permintaan pasaran.
Ya. Yayasan Madani sangat menggalakkan penyertaan produk tempatan dan IKS bergantung kepada kesesuaian dan permintaan pasaran.
Ini bertujuan merancakkan ekonomi setempat serta memberi peluang kepada usahawan kecil untuk berkembang.
Model keseluruhan Madani Mart TIDAK menggunakan dan bergantung kepada subsidi kerajaan (melainkan subsidi Jualan Rahmah), sebaliknya dibangunkan untuk berdiri secara mampan.
Bisnes model Madani Mart dirangka untuk self sustaining, tanpa melibatkan dana daripada kerajaan
Madani Mart merupakan rakan strategik dan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui inisiatif Jualan Rahmah yang menyediakan subsidi bagi barangan tertentu.
Setakat ini, terdapat lebih kurang 1800 rakan strategik KPDN yang melaksanakan jualan rahmah di seluruh negara.
Setiap inisiatif mempunyai matlamat membantu rakyat.
Walaubagaimanapun, bisnes KR1M melibatkan hanya satu sahaja operator yang dilantik untuk mengurus. Kerajaan juga mengeluarkan dana untuk menampung Capex(kos pembukaan) dan Opex(kos Operasi) sehingga beratus ribu bagi setiap outlet.
Perbezaan utama adalah Madani Mart menggunakan model kerjasama strategik pelbagai pihak (Public–Private–Social Partnership) dan tidak bergantung kepada satu operator sahaja.
Model ini lebih terbuka, fleksibel dan memberi ruang kepada lebih ramai usahawan untuk terlibat serta tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan.
Madani Mart dibangunkan dengan kajian bisnes model terdahulu dengan pembangunan struktur yang lebih tersusun termasuk kawalan ekosistem oleh Yayasan Madani, penglibatan operator yang melabur sendiri serta pemantauan prestasi secara berterusan.
Pendekatan perbelanjaan berhemah, sistem operasi yang jelas dan rantaian bekalan yang kukuh menjadi asas kepada kelangsungan jangka panjang.
Operator/pemegang lesen boleh memilih pembekal mereka sendiri bagi sebahagian produk.
Namun, ia tertakluk kepada garis panduan dan ekosistem yang ditetapkan oleh Yayasan Madani bagi memastikan harga kekal kompetitif dan bekalan stabil.
Tidak. Yayasan Madani tidak menggantikan mana-mana pihak.
Yayasan Madani merupakan pemacu kepada inisiatif Madani Mart dengan menyediakan ekosistem yang mampan untuk menyokong pembukaan dan operasi Madani Mart
Madani Mart juga membuka peluang kepada lebih ramai operator untuk terlibat melalui model yang lebih inklusif dan berskala.
Yayasan Madani menyasarkan untuk membuka sebanyak 640 outlet dengan sekurang-kurangnya 1 outlet di setiap DUN, dalam tempoh 2 tahun.
Jika berminat menjadi operator dan pemilik premis Madani, sila layari laman web www.madanimart.com.my untuk maklumat lanjut
NOTA:
Madani Mart bukan sekadar inisiatif perniagaan, tetapi satu usaha bersepadu untuk menstabilkan ekonomi negara, memastikan kebajikan rakyat terus terjamin serta menyediakan akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan melalui pendekatan yang mampan dan inklusif.
Enquire more with us!
Leave your email and our team will get back to you.

bottom of page